Diari Masakan 002 – Kambing Panggang Lazat

Alhamdulillah, minggu ini kita sambung kembali misi diari masakan yang telah direncanakan 😉

Saya amat berbesar hati kerana Cik Izan yang anggun bak bidadari telah memulakan aspirasi tersebut tanpa sebarang penangguhan. *tabik hormat!* >_<

Minggu depan (hari Isnin -Jumaat *7hb-11hb Jun 2010*) merupakan saat yang paling kritikal buat kesemua anakanda kami yang comel kerana mereka akan mendapat sesuatu *versi rasmi* yang hanya saya dan suami dapat realisasikannya ketika usia kami menjangkau 17 tahun. Namun, Alhamdulillah, anak-anak saya berpeluang mengecapinya di awal umur pra-sekolah! 😀 Ada sesiapa yang boleh meneka?

Ayuh, kita mulakan diari masakan kali ini dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Resipi: Kambing Panggang Lazat


Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^


Masakan kambing panggang lazat dihidang bersama sos perang,
kacang panggang, sayuran coleslaw *tadaaa . . .* 😀

Rumusan:

Saya gunakan 6 hirisan bahagian bahu kambing bagi masakan “Kambing Panggang Lazat”
ini berbanding resipi asal (Perfect Roast Lamb) oleh Tuan Jamie Oliver
yang menggunakan keseluruhan bahagian peha kambing.

Ini adalah kerana bahagian tersebut telah habis dijual di pasaraya yang saya kunjungi. Hirisan bahu kambing telah diperap selama semalaman sebelum dibakar didalam ketuhar. Alhamdulillah, hasilnya empuk dan amat menyelerakan untuk hidangan makan malam bersama keluarga.

Cadangan Masakan: Tambahkan sos perang sebagai proses akhir dekorasi masakan, pasti hidangan kambing panggang lebih digemari berbanding .

Saya doakan yang terbaik buat para pembaca yang mulia, selamat memasak di dapur 😉 Amin~

Jumpa lagi, Insya-Allah.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

05. January 2011 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply