Masakan 5 dan 6 Bintang :D

Lokasi: Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 6 petang.

Bagaimanakah rasanya jika komentar yang diminta oleh Tuan Pengacara berkenaan hasil masakan pertama Tim Si Cilik LittleKittle, kepada pengunjung yang hadir serta anak-anak kecil yang tidak jemu-jemu memandangmu bagai menantikan sesuatu yang ajaib muncul di kedua belah tapak tanganmu, dan setelah menjamu hidangan itu mereka semua dengan serentak berkata,

5 bintang! Saya beri 6 bintang!

Di saat itu, seakan terhenti degup jantungmu, hela deru nafasmu, benakmu benar-benar dipenuhi bintangbintang!!!

Aduhai, terpana panahan busar daripada ucap kata-kata mereka.

Apakah yang perlu dilakukan? Adakah dayamu untuk mengaut semua kasih sayang itu? Bagaimanakah caranya mahu kau tatang kepercayaan itu?

Hanya Tuhan. Hanya TUHAN, yang mengetahuinya. Betapa kau sayangi mereka semua . . . Jika, mereka benar-benar mengetahuinya.

Masakan itu, lahir daripada kasih sayang kami, buat kalian, yang baru sahaja diberi peluang oleh Ilahi, untuk kami mengenalimu, di saat itu.

Mari kita berjanji, ikrar setia, akan terus menyebarkan kasih suci ini. Untuk dirimu, ikhlas daripada insan kerdil sepertiku. *tangisan kesyukuran*

Terima kasih teman!!!

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

29. December 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply