Sambutan Hari Bapa 2010

Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh pelusuk buana 😉

Alhamdulillah, keluarga saya turut meraikannya setiap tahun. Oleh yang demikian, seperti tahun-tahun sebelumnya, anak-anak comel kami pasti akan menyediakan hidangan khas buat bapa kesayangan mereka: Tuan Azhar Zahir.

Ingin tahu apa menu yang mereka hasilkan untuk Hari Bapa pada tahun ini? Sila tunggu kemaskini blog daripada anakanda sulung, KiruaMi-cHan di laman web sekolah di rumah 😀 Terima kasih.

Buat suami yang amat dikasihi dan dirindui setiap saat hayat ini, jutaan terima kasih buat segala-galanya. Tanpa kasih sayang, dorongan dan doamu tidak akan diriku kental untuk meneruskan perjuangan ini *Alhamdulillah*. Semoga Tuhan sentiasa meredhai dan memberkati hidupmu, Amin~ *tangisan kegembiraan!* >_<

Menu ulung buat kekasih hati saya 😉 :
Ayam panggang lada hitam bersama sos perang,
kentang goreng, tomato segar dan kacang pis.
Hadiah khas hanya untuk pengetahuan teman hidup saya ini ^__^ Heeee!

 

Ayam ini dimasak secara rahsia tanpa pengetahuan suami saya
khusus untuk kejutan di malam hari!
Hasrat saya?
Ingin memasak untuk santapan hari bapa buat ayahanda saya juga!

Khas buat atuk saya: Atuk, Allahyarham “Atuk Sungai” dan Allahyarham Tok Aki *moyang saya*, jasamu tidak akan kulupakan. Merekalah insan hebat yang hadir dalam hidup saya dan saya sangat mensyukuri peluang yng diberikan oleh-Nya.

Bagaimanakah pula cara anda menyambut ketibaan hari bapa buat ketua keluarga anda? Sila kongsikan pengalaman indah bersama ^_^

Serikan hari anda dengan senyuman tulus ikhlas, moga bertemu lagi~

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

20. June 2010 by MamaFiza
Categories: Mama's Talk | Leave a comment

Leave a Reply