Cetusan Karya

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, tahun 2010 merupakan tahun bermakna bagi diri saya dan keluarga apabila telah melangkah ke dunia penulisan buku secara rasmi bersama syarikat penerbitan buku tersohor dan popular di Malaysia iaitu PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jutaan penghargaan buat pihak penerbit PTS dibawah naungan Puan Ainon Mohd yang amat dikagumi dan dihormati, senior editor saudara Tuan Aizat yang berwibawa dan editor perolehan, saudara Tuan Yusry yang berbakat besar dari kumpulan PTS Professional Publishing Sdn Bhd dan senior editor, saudara Tuan Ikram yang berkarisma bersama editor perolehan, saudari Cik Ashikin yang komited dan baik hati dari kumpulan PTS Millenia Sdn Bhd, atas kerjasama terbaik, iringan doa dan juga layanan kelas pertama yang diberikan terhadap saya dan keluarga oleh keseluruhan warga kerja PTS yang berbudi luhur, walau dimana kami berada.

Insya-Allah, buku pertama kami bersama tim hebat PTS Millenia bakal diterbitkan dan dipasarkan pada akhir bulan Disember 2010 😀 Judul buku seterusnya bersama tim bijaksana PTS Professional akan diterbitkan tahun 2011 dan sambungan bersama kedua-dua tim pada tahun seterusnya *Insya-Allah*.

Harap maaf kerana judulnya tidak dapat diumumkan kerana perlu menghormati dan mematuhi prosedur yang dipersetujui bersama pihak pengurusan PTS.

Nantikan berita terkini berkaitan berita baik ini dengan mengikut perkembangan blog ini dari semasa ke semasa.

Terima kasih di atas sokongan anda, semoga Tuhan merahmati anda dan keluarga, Amin 😉


About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

22. May 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply