Mamafiza.com Info Penulis

Salam mesra >_<

Ingin tahu maklumat tambahan tentang diri saya? Mari baca mengenai 10 perkara yang anda tidak tahu tentang saya 😉

Inilah kekasih hati saya, Sang Raja >w<
Tokoh idola + hero + semangat cinta saya!

  • Menjadi seorang isteri di awal usia 18 tahun dan merupakan ibunda kepada 4 orang anak comel seawal usia 24 tahun *Alhamdulillah*
  • Menyimpan terlalu banyak memori indah, terlalu banyak rahsia menarik 😀


Ini adalah ahli keluarga yang amat saya kasihi ^__^
Putera dan puteri tersayang: permata hati, sumber inspirasi diri ini serta penggerak setiap saat denyutan nadi saya ~ *Alhamdulillah*

Ingin kenali Tim Si Cilik? Sila klik link ini, terima kasih >w<

  • Suka berinteraksi dan membantu anak-anak kecil, anak-anak yatim yang dikasihi, insan kurang upaya dan warga emas yang berbilang kaum, berlainan bangsa, budaya, agama dan adat resam tanpa mengira tempat dan juga masa. Sangat menyayangi dan menghargai pembaca blog yang tidak jemu menghantar email dan sentiasa menceriakan hari saya (oleh sebab itu, saya tidak pernah lupa untuk mendoakan kebahagiaan anda yang saya kasihi!). Tetapi, sebaliknya saya merupakan seorang yang sangat sukaruntuk didampingi secara peribadi.
  • Obses dengan bahan ilmiah terutamanya buku sejak kecil hingga ke saat ini (antara jadual harian saya ialah menghabiskan bacaan untuk 10 buah buku bukan fiksyen setiap hari!). Peminat setia komik, filem animasi dan komedi.
  • Meminati coklat dan menjadi ketagihan untuk memakannya pada waktu malam (ya, sambil membaca buku 😀 ) Suka semua jenis coklat dan makanan yang diperbuat daripada coklat (termasuk kek coklat, biskut coklat, minuman coklat sejuk, oh!*) namun begitu, coklat kegemaran saya adalah coklat pahit.
  • Sangat menyukai penggunaan pencahayaan lampu kuning yang romantik dan tenang serta lilin beraroma di sekitar rumah dan kamar tidur (digunakan pada setiap malam).
  • Berkebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan (ambidextrous) untuk menulis, melukis dan dalam melakukan pelbagai aktiviti harian *Alhamdulillah* (Saya belajar dan berlatih memahirkan tangan kiri sewaktu berumur 15 tahun. Jadi percayalah bahawa diri anda juga boleh mencubanya ^O^ )
  • Gembira bersenam selama 30 minit setiap hari bersama keluarga dan teruja menjalani rutin tarian latin: 45 minit, 3 kali seminggu.
  • Gemar makan sebiji epal merah setiap pagi (perkara yang turut diikuti oleh anak-anak saya ^-^ )
  • Tidak pernah memiliki BMI yang ideal sejak dari kecil hingga kini -_- Terkini, ketinggian: 164cm dan berat badan: 42kg.

Terima kasih kerana sudi membacanya~

Oh, ya! Ikon di atas merupakan avatar rasmi saya 😉

Berikut merupakan aktiviti demo masakan terkini bagi tahun 2010-2011 yang dihadiri oleh Tim Si Cilik LittleKittle.com :-D.

Untuk pertanyaan acara, sila hubungi saya di sini atau hantarkan email ke alamat mamafiza[@]gmail.com ^_^ :

Nota: Kami tidak mewakili atau diwakili oleh mana-mana syarikat, organisasi mahupun pertubuhan. Kami juga tidak terikat dengan sebarang badan kerajaan atau pihak swasta sebagai penceramah bebas. Kami tidak memiliki akaun media sosial selain daripada laman web rasmi littlekittle.com ini.

Sila klikdi sinibagi membacapolisi laman web.

Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Tarikh: 25hb Disember 2010

Waktu: 5 – 7 petang

Klik di sini untuk info lanjutan.

——————————————————–

Siaran Langsung Rancangan MHI , Sri Pentas TV3

Tarikh: 25hb Januari 2011 1hb Februari 2011

Waktu: 8.00 pagi

Klik di sini dan di sini untuk info lanjutan.

——————————————————–


Pesta Buku MPH 2011

(JUSCO, Alpha Angle Centre Court, Kuala Lumpur)

Tarikh: 13hb Mac 2011

Waktu: 1 – 5 petang

Klik di sini dan di sini untuk info lanjutan.

——————————————————–


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

(Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur)

Tarikh: 26hb April 2011

Waktu: 3 – 5 petang

Lokasi: Booth C01 – C012

Klik di sini (untuk mendapat nilai diskaun hebat!) dan di sini untuk info lanjutan.

——————————————————–

Setinggi penghargaan atas kasih sayang dan dorongan daripada peminat no.1 kami: Sang Raja ^-^

Ahli-ahli Tim Si Cilik LittleKittle.com 😀
*Alhamdulillah*


Bonda periang: Mamafiza ^-^


Putera sulung yang terulung: KiruaMi-cHan ^O^


Puteri pertama yang paling penyayang: ReiHi-cHan ^_-


Puteri kedua yang paling peramah: YunaFi-cHan ^____^

Puteri terakhir yang menambat hati: HidE-cHan >w<

Penghibur lara keluarga kami: Kash (k.a.$.h) 😀
Tarikh diselamatkan: 20hb Januari 2011
Klik di sini dan di sini untuk membaca kisah unik mengenai si anak kucing jalanan yang melarat dan terbiar ini yang kini telah menjadi ahli keluarga setia kami, Alhamdulillah.

Buat teman semua, hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian, Amin~ Terima kasih! 😉

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

21. May 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply