Formula Genius Buat Bonda

Post by MamaFiza on May 31, 2010 

Tiada. Tiada ubat. Tiada formula.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam mendidik anak kecil yang dianugerahkan-Nya.

Wahai bonda yang kusayangi sekalian, jangan sesekali terpedaya dengan rayuan iklan, promosi, risalah mahupun pengumuman berkenaan produk atau servis sebegini. Ikhlas kupinta darimu buat kesejahteraan anakandamu.

Adakah para pembaca yang dihormati pernah disogokkan isu ini? Ya, berkaitan genius. Contohnya:

Dan banyak lagi jajaan cerita mitos ini diwar-warkan pada segenap lapisan masyarakat khususnya di Malaysia.

Oh, tidak. Saya sering terasa mual apabila setiap kali dijemput untuk menghadiri kem yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya berprovokasikan wang dan bukannya pembangunan insan secara ilmiah. Pasti tidak akan mengikutinya.

Bayangkanlah impaknya pada anak-anak peserta yang menyertai acara tersebut? :( Sahih akan terdera secara psikologi dan mentaliti tanpa disedari oleh penjaganya ataupun ibubapa.

Mengapa saya berpandangan sinis berkaitan hal ini? Ya, kerana saya kekal percaya dan berpendapat bahawa setiap bayi yang dilahirkan ke muka bumi ini adalah genius! :-D

Anak-anak comel ini wajar diberi hak sepenuhnya untuk diasuh dan dicorakkan secara positif dan penuh kasih sayang serta menjadi tanggungjawab utama ibubapa dalam memimpinnya bagi perlaksanaan mulia ini. Tentunya mereka memerlukan jangka masa berbeza untuk digilap menjadi insan terbilang.

Walaupun mereka bukan anak kita (anak orang lain), namun kita tidak mempunyai kedaulatan untuk melaknatkan individu kecil ini disebabkan sifat kekurangan yang ada pada diri mereka yang dianggap sebagai tidak “genius”.

Beriktikadlah bahawa kuasa ada di tangan kita dan kita memainkan peranan besar sebagai institusi komuniti berbilang bangsa yang boleh membantu mereka dengan pemikiran kritis, bantuan kebajikan dan berdoa buat segenap semesta.

Insya-Allah, disini saya juga ingin mengingatkan diri sendiri dan berkongsi pada para pembaca yang amat disegani supaya bersamalah kita berusaha agar kita tidak hanya mengambil jalan mudah bagi menggunakan keupayaan yang hanya pinjaman Tuhan buat kita ini untuk memperbesarkan hal tidak “genius” insan lain dan menghina setiap ciptaan Tuhan dalam bentuk umpatan nyata mahupun siber.

Formula yang dapat saya rumuskan bagi tujuan bersama iaitu berdasarkan pengalaman pembelajaran di rumah bersama anak-anak tercinta adalah:

Tetapkan cabaran untuk diri sendiri bagi ekspedisi pembelajaran dunia ilmu baru dan kongsikan pengalaman serta apa jua kemahiran peribadi anda buat anak yang dikasihi. Hasilnya pasti mengkagumkan anda!~ MamaFiza

Formula genius bukan semudah propaganda pemasaran diatas, dan bukan juga episod epistemologi tanpa didahului dengan kasih sayangmu bonda  ^O^

Jika saya yang serba kekurangan ini boleh melakukannya, anda pasti lebih hebat! Yakinilah diri anda :-D

Anakandamu adalah maha karya Tuhan yang luar biasa!

——————————————————–

Arkib gambar tahun 2001-2002: Contoh profesionalisme kecil yang ada pada diri saya, iaitu minat melukis yang dikongsi bersama anakanda *Alhamdulillah*.

Cabaran pada diri: Saya hasilkan lukisan buat suami yang disanjungi dengan hanya menggunakan sebatang pen marker bersaiz mini.

Cabaran pada diri: Saya reka lukisan karektor permainan komputer untuk tugasan universiti dengan hanya menggunakan sebatang pen hitam berdakwat basah yang biasa.

Cabaran pada diri: Saya ciptakan lukisan karektor dengan hanya menggunakan sebatang berus lukisan bersaiz sederhana dan warna air hitam jenama Buncho.

p/s: Ya, merupakan koleksi antik. Oleh sebab itu, kertasnya telah bertukar menjadi kekuningan ^_-

PTS Legasi

Post by MamaFiza on May 29, 2010 

Legasi? PTS? Apa itu PTS Legasi?

Inilah hasilnya ;)

Dihadiahkan oleh Tuan Yusry yang bijaksana sewaktu pertemuan pertama bersama Tuan Aizat yang ternama, tim handal PTS Professional.*terima kasih Tuan!* ^O^

Bagi saya naskah penerbitan ini merupakan teknik bestari daripada Jabatan Pemasaran PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, bagi tujuan pemasaran kerana ini merupakan majalah bermotif katalog yang pertama diterbitkan di negara Malaysia.

Tidak jemu saya membaca dan membeleknya, memang idea genius :-D Syabas PTS!

Ini merupakan artikel yang paling saya gemari untuk edisi tersebut.
Saya amat mengkagumi wanita berhati waja dan bersifat mulia ini.
Beliau adalah Puan Ainon Mohd yang disegani, penaung dan pemangkin revolusi penerbitan Bahasa Melayu Tinggi. *tabik hormat!*

p/s: majalah ini bukan hanya dipenuhi maklumat buku-buku keluaran syarikat PTS, namun yang menariknya turut dipenuhi dengan artikel berinformasi, tips penulisan, interviu bersama penulis PTS, ruangan surat daripada pembaca dan banyak lagi. Oh, sungguh bombastik >_<

60K!

Post by MamaFiza on May 29, 2010 

Dear indulgent ladies ;)

Wish you’re enjoying your holiday *hugs*

Just a little update regarding previous post, amazingly the number of viewers is getting higher and higher >_< *Alhamdulillah*

60,7++ viewers! OMG >_<
For world wide supporters, gazillion thanks! Thank Y-O-U :-D
May God blessed your kindred heart. Amin~

Gambatte, gambatte ne hot mommies!

All the best in your homeschool journey.

p/s: can’t wait to view latest update on 1st June from LittleKittle Kids ^_^ Stay tuned.

Insan Yang Saya Kagumi

Post by MamaFiza on May 27, 2010 

Jadual saya sangat padat pada tahun 2010 ini *Alhamdulillah*, dan saya hanya dapat mengemaskini blog ini dari kejauhan sejak daripada entri pertama. Ya, ditaip dari setiap bilik hotel yang saya diami bagi perhentian urusan tugasan luar (OT).

Hanya keluarga terdekat yang teristimewa, pelabur syarikat yang disanjungi & teman rapat yang dikasihi (peserta-peserta WAHM Workshop) sahaja yang mengetahui kesibukkan saya yang tiada perhentiaannya. Namun, doa harian saya buat pembaca semua tidak akan saya lupakan ;)

Bagaimana dengan misi masakan anda? Adakah anda ingin mulakannya bersama saya pada 1hb Jun ini?

Insya-Allah, setiap kali pulang ke rumah pada bulan Jun ini, saya akan pastikan memasak menu baru seperti yang telah dijanjikan dan disertakan rumusannya, ya?

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info rahsia berkenaan seorang personaliti yang saya sukai (wah, berdebar! :-D):

Sila abaikan mekap tebal yang perlu disolek khas oleh jurusolek pementasan bagi tujuan persembahan pentas untuk tujuan program amal & kebajikan*heeee!*
Dari kiri: Tuan Victor, pensyarah hebat University Nottingham Malaysia, insan yang saya kagumi, ini saya ^-^!

Gambar di atas (tengah) adalah guru kelas tarian latin yang saya ikuti sejak tahun lalu (2009). Saya amat mengkaguminya. Saya hormatinya bagai ayahanda sendiri *tangisan rindu* Namanya ringkas, Tuan Tony.

Siapa percaya bila mengetahui usia sebenar Tuan Tony genap 57 tahun pada 2010? Terkejut? Ya, memang sukar untuk meyakini fakta benar ini. Saya juga begitu di waktu awal perkenalan dahulu, di studio tarian. Terkebil-kebil biji mata saya seperti bermimpi apabila mengingatkan bahawa beliau hanya berseloroh. Tetapi, dengan lagak bersahaja beliau mentertawakan sifat naif saya, ha ha ha! Saya menceritakan perihal ini kepada suami saya yang budiman, beliau juga terperanjat.

Rutin tarian latin kami hanya dimulakan 1 kali seminggu, 1 jam bagi setiap sesi. Meskipun begitu, ketangkasan, kelincahan serta daya tahan Tuan Tony yang tidak pernah “pancit” sewaktu sesi tarian sangat mengkagumkan saya yang baru berusia diawal 20-an. Kami *anak didiknya* hanya diberikan 2 atau 3 kali kebenaran untuk keluar rehat beberapa saat, meneguk setitis dua air mineral dan tidak lebih dari itu. Biarpun keringat membasahi pakaian tarian dan bebelan kecil kedengaran disebabkan kepenatan, beliau tidak pernah memberikan keizinan untuk berhenti. Beliau sukar ditewaskan!

Sesi bergambar~
Oh ya, mengapa saya ke kelas tarian latin?
Ingin belajar cara lenggokkan tari yang mencairkan suami saya! *Hee*

Disebabkan saya suka bergambar acap kali selesai latihan tarian, beliau dan rakan baik kelas tarian saya: Cik Donna (seorang teman VIP yang amat saya sayangi) , sering mengelakkan diri untuk diambil gambar. Hai, geram sungguh hati ini. Pelbagai alasan diberikan oleh dua orang diva ini. Buntu saya untuk memujuk mereka bergambar >_<

Berbeza pula dengan guru wanita untuk tarian latin awal saya, Cik Nicole yang comel dan lemah-lembut sifatnya. Beliau sangat baik hati untuk bergambar.

Namun, Tuan Tony berkata pada saya *Nota: semua perbualan dibawah telah diterjemahkan ya ^_^*

Fiza, awak boleh bergambar dengan saya jika awak lulus & dipilih untuk aksi pementasan amal yang pertama!
Saya berasa curiga dan membalas, “Benar, cikgu? Jangan hampakan saya -_-*
Dengan senyuman sinis, beliau menuturkan kata akhirnya “Janji

Oh, di waktu itu hati saya berbunga. “Ada harapan“, bisik hati kecil saya :-D

Di sesi kelas yang seterusnya saya gigih berlatih bersama rakan seperjuangan agar misi bergambar ini dapat dilaksanakan (haha, apalah motif sebenar saya?). Riang sungguh setiap kali menjejakkan kaki diruang studio tarian, badan menjadi lebih bertenaga, ringan dan minda berasa tenang. Akhirnya setelah 3 bulan berhempas-pulas, saya, Cik Donna dan Tuan Victor berjaya terpilih untuk membuat persembahan bersama anggota senior, dan kami dapat bergambar bersama guru kesayangan kami. Yeah! ^O^

Dari kiri: Tuan Uma, pensyarah berbakat dari MASTERSKILL University College,
saya dan Tuan Victor. *Aksi: Kami adalah penyelamat dunia, haha!*

Dibawah merupakan video rakaman persembahan pertama saya bersama beliau *bahagian akhir*. Anak-anak yang comel juga turut serta dalam acara amal ini ;)

Beliau selalu bertanyakan khabar saya dan keluarga sebelum kelas bermula (dan kami perlu menunggu dikawasan tempat duduk luar), dan tidak jemu memberi nasihat kepada saya, antara kegemarannya ialah, “Fiza, kenapa perlu pakai mekap begini? *merujuk kepada wajah saya yang gemar mekap jenis “nude” setiap kali menghadiri kelas tarian*

Saya berkata dengan yakin, “Sebab saya suka warna natural“. Tidak pernah saya menukar kenyataan ini walaupun telah berpuluh kali mendengar soalan yang sama dari beliau.

Dan pasti balasan dari beliau yang saya ambil kira ianya lahir dari luahan insan bersifat kebapaan yang tinggi, “Fiza, tidak boleh begini. Ini mekap orang sakit. Macam Michael Jackson. Kita perlu ceria. Gunakan warna terang!“.

Disebabkan kerisauan beliau dengan status kesihatan saya (sungguhpun saya telah memaklumkannya bahawa itu hanya berbentuk kosmetik), beliau pernah mengugut untuk tidak mahu mengajar tarian pada saya jika saya tidak mahu gunakan mekap secara “sihat”. Heee, tetapi siapa yang boleh menghalang saya? Ya, saya memang degil.

Hahaha, memang kelakar sungguh guru saya ini! Terlalu banyak perbualan beliau yang saya simpan baik di memori kerana beliau sangat prihatin dengan anak muridnya walaupun isu sebesar zarah.

Saya juga pernah bertanya mengapa beliau tidak mahu saya masukkan gambarnya ke dalam blog LittleKittle. Mudah sahaja jawapannya, “Fiza, cukuplah. Saya sudah merasai dunia populariti dan terkenal selama berpuluh tahun. Saya ingin berehat“. Heee, sungguh merendah diri guru saya ini.

Ahh, di mana pula beliau boleh tahu akan menjadi lebih hit jika disiarkan di blog? *gelak berguling-guling*

Terima kasih Tuan Tony kerana hadir dalam hidup saya, anda antara insan yang saya kagumi!

p/s: Oh, saya rindu pada Puan Chan (penyelia studio)!

Nota: Mohon maaf, rujukan diwartakan sebagai privasi bagi menghormati permintaan rakan sekelas. Terima kasih.

Next Page →



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin