Diari Masakan 004 – Mee Sup Kambing Unik

Minggu yang amat sibuk bagi saya sekeluarga namun begitu menghiburkan *Alhamdulillah* 😉

Selamat bercuti dan beristirehat bersama keluarga buat para pembaca yang dihormati sekalian ^_-

Minggu ini dan minggu hadapan saya akan bercuti seketika daripada “Misi Diari Masakan” menggunakan buku kegemaran saya iaitu hasil karya Tuan Jamie Oliver, Jamie’s Food Revolution: Rediscover How to Cook Simple, Delicious, Affordable Meals ; kerana kesuntukan masa untuk membuat rujukan resipi dan bahan disebabkan sesi kelas tambahan sekolah di rumah yang perlu saya selesaikan dan jadual tugasan luar yang penuh sepanjang tempoh berkenaan.

Insya-Allah, saya akan sambung kembali misi seterusnya pada akhir bulan Jun ini. Dengan itu saya terbitkan resipi terbaru ciptaan sendiri buat keluarga tersayang bagi kedua-dua minggu tersebut.

Mari kita dahului dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Menu: Mee Sup Kambing Unik

Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^
Inilah hasilnya *tadaaa . . .* 😀

 

Ini pula adalah sos cili padi pedas yang amat digemari oleh suami saya untuk dicampurkan ke dalam setiap hidangan masakan bertemakan Asia. Cara pembuatan sos ini dipelajari daripada bonda teristimewa. Mudah sahaja untuk membuatnya kerana hanya perlu menggunakan 3 bahan utama iaitu cili padi, bawang putih dan kicap 😉

Rumusan:

Saya gunakan mee jenis tebal bagi menerbitkan kelainan dalam resipi ini dan menggantikan penggunaan mee kuning biasa. Kuahnya menjadi lebih pekat kerana saya campurkan air rebusan daging kambing yang dibuat lebih awal dan tersedia disimpan di dalam peti ais. Rempah asli dipelbagaikan dalam menu ini agar rasanya berbeza dari sup kambing yang tipikal.

Alhamdulillah, resipi ini menjadi kesukaan suami tercinta dan anak-anak tersayang.

Cadangan Masakan: Sup kambing unik boleh juga dihidangkan bersama mihun.

Adakah anda juga gemar mencipta resipi khusus untuk keluarga?

Dipersilakan untuk berkongsi diari masakan anda yang menarik bersama kami 😉

Moga Tuhan sentiasa memberkati anda semua. Amin~

Agar dapat berjumpa lagi diterbitan seterusnya, Insya-Allah.

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

08. January 2010 by MamaFiza
Categories: MamaFiza.com | Leave a comment

Leave a Reply