“Sekolah di rumah” Featured in Berita Harian (RATU: Permata Hati)

moshi-moshi gorgeous mommies *hugs* 😉

Hope you’re in great day!

Warning: this post contains large images.

Alhamdulillah, we’ve been featured in Berita Harian newspaper last Tuesday 😀 (Berita Harian’s Ratu: Permata Hati Sekolah di rumah”),

Gazillion thanks mommies for your endless support & du’a.

Thanks a lot to Berita Harian’s readers for visiting our humble blog *cuddles*

Special Thanks:

  • Berita Harian Newspaper (Malaysia’s Largest Malay Newspaper!)
  • Miss Halina Mohd Noor (Berita Harian’s journalist) for featuring us 😉
  • Miss Nisa (professional photographer) for taking our gorgeous pics ^-^
  • The King and charming kids for alerting me early in the morning.

p/s: it’s a brand new keyboard, not used keyboard. But it’s just a small matter! ^-^

beritaharianlittlekittlemamafizanew
Extremely thrilled!

beritaharianlittlekittlemamafizanew1
the he he ^_-

beritaharianlittlekittleratu1
Super-duper-happy: it’s 3 pages! *thank God* (1st page)

beritaharianlittlekittlemamafiza4
My early birthday gift from Berita Harian? 😉

beritaharianlittlekittlemamafiza3
Ta da . . .

beritaharianlittlekittlemamafiza6
Alhamdulillah, my kids really happy reading these lovely news >_<

beritaharianlittlekittlemamafiza2
2nd pages~

beritaharianlittlekittlemamafiza5
3rd pages~

beritaharianlittlekittlemamafiza7
Great job kiddies 😀 Alhamdulillah!

——————————————————–

For those of you who do not have Berita Harian newspaper, you may click HERE to read it in online format.

Weekly tipsKeep learning (and practicing), exploring new things. If you want the new information you just learned to stay put, keep practicing and rehearsing it with your lil ones.

Update: June 17th, 2009: The link for online format is no longer available. Kindly advise -_- I paste for you, below:


Permata Hati: Sekolah di rumah
Oleh Halina Mohd Noor

MAMPUKAH ibu bapa menjadi guru kepada anak-anak dan menggarap kurikulum tersendiri bagi mencerna minda mereka?
Bagi kebanyakan orang ia adalah mustahil, malah dianggap ‘tidak normal’ bagi seorang kanak-kanak jika tidak bersekolah. Namun, bukan kepada Hafiza Abd Rahman, 25, yang cukup berani dan yakin untuk mendidik sendiri empat anaknya di rumah. Ikuti pengalamannya seperti diceritakan kepada RATU, baru-baru ini.
Sedia konsep pendidikan formal: Alasan tidak mahu anak diukur dengan gred seperti berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak BERPEGANG kepada falsafah, ibu bapa adalah guru terbaik anak, Hafiza Abd Rahman yang lebih mesra dengan panggilan, Mamafiza memutuskan untuk tidak menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak, tadika mahupun sekolah pada masa depan. Alasannya, dia tidak mahu anaknya diukur dengan gred seperti berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak hari ini termasuk pengalamannya sendiri.
“Cukuplah semasa saya kecil dulu, diadili dengan gred. Kalau dapat A dalam peperiksaan, mereka dianggap bijak. Sebaliknya yang kurang pandai, kurang mendapat perhatian. Kenapa perlu A dan menerima layanan berbeza? Wajarkah ukuran ini diberikan kepada kanak-kanak yang hanya ditekankan dengan didikan akademik semata-mata sedangkan dari segi tingkah laku pula teruk?” katanya.
Tidak menafikan ramai yang ragu dengan tindakannya untuk tidak menghantar anak ke sekolah, malah ada yang mengutuknya, Mamafiza berkata, ia bukan sesuatu yang pelik kerana konsep itu sudah lama dilakukan di negara Barat. Antaranya seperti Amerika Syarikat yang menunjukkan, lebih 1.1 juta kanak-kanak bersekolah di rumah pada 2007.
Selain akademik, kanak-kanak ini diajar ibu bapa masing-masing dengan pelbagai perkara lain termasuk kokurikulum dan kebajikan. “Ibu bapa tidak perlu risau jika tiada kemahiran kerana setiap ibu bapa adalah guru kepada anak. Apa yang diperlukan adalah kasih sayang dan mempercayai kebolehan anak masing-masing. Saya memberikan anugerah kepada anak melalui pujian, pelukan dan riben yang digantungkan di dinding yang membuatkan hati mereka berbunga,” katanya.
Idea menyekolahkan anak di rumah tercetus hasil pengalamannya sendiri. Oleh kerana ibu bapanya sibuk bekerja, masanya banyak dihabiskan di rumah nenek. Mereka mengajarnya pelbagai perkara dan cuba mencari jawapan kepada pelbagai soalan diutarakan. Di rumah, bapanya sering membelikan dan membacakan buku untuknya.
Baginya bersekolah di rumah adalah bidang yang menyeronokkan dan sering diinginkan untuk anaknya. Mamafiza percaya kaedah itu menyediakan suasana pembelajaran terbaik dan ibu bapa berkeupayaan menyediakan pendidikan terhebat untuk anaknya. “Sebelum mengajar anak, ajar diri sendiri atau muhasabah diri. Satu hari, satu pesan dan dengan izin Allah, ia jadi kekal sampai bila-bila. Saya sering berdoa agar diberikan kesabaran untuk mendidik mereka. Pada mulanya suami agak keberatan dengan idea ini tetapi selepas diterangkan, suami memberi restu untuk bekerja di rumah sebagai pereka laman web dan penulis. Ia membolehkan saya bersama anak sepanjang masa, pada waktu senang atau susah. Kegembiraan saya dalam berkongsi ilmu bersama anak tidak dapat diganti dengan wang ringgit walaupun pernah ditawarkan pekerjaan di luar rumah melebihi RM5,000 pada usia 20 tahun,” katanya. Katanya, menyekolahkan anak di rumah memerlukan dua orang tenaga kerja.
Justeru, ibu dan bapa memainkan peranan berbeza iaitu, ibu bertindak positif iaitu menanamkan nilai mulia, manakala ayah pula berperanan memberi tindak balas ke atas perbuatan negatif anak. Misalnya jika anak membuat salah, ayah berperanan memberikan hukuman tertentu.
Menimba pengetahuan mengenai sekolah di rumah, Mamafiza banyak membaca buku dan belajar melalui internet. Dia gemarkan penulis Jepun, Tetsuko Kuroyanagi yang menulis pengalamannya mengenai sekolah di rumah. Menyedari kepentingan muzik dalam merangsang minda kanak-kanak, Mamafiza sanggup membeli keyboard terpakai dan belajar bermain piano secara dalam talian selama seminggu dengan tunjuk ajar pemain piano Kanada, Andrew Furmazyek secara percuma. Menyentuh mengenai perkembangan sosial anaknya, Mamafiza berkata, ia tidak semestinya boleh didapati di sekolah semata-mata. Sejak kecil mereka digalakkan bercampur dengan masyarakat sekeliling dan bergaul dengan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sejak usia mereka satu setengah tahun, kami bawa mereka ke masjid berhampiran rumah untuk membaca yassin dan membantu jemaah lain menyiapkan persiapan untuk majlis berkenaan. Setiap Jumaat, anak lelaki kena ikut ayah ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Sekurang-kurangnya dua kali sebulan, kami bawa semua anak ke rumah anak yatim agar mereka tahu bahawa ada anak yang tidak mempunyai ayah dan ibu. Aktiviti lain seperti membaca dan melukis bersama anak-anak ini.

Anak saya bakal melancarkan satu laman web perniagaan tidak lama lagi yang akan menjual lukisan yang mereka lukis dan 20 peratus daripada hasil jualan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Setakat ini, mereka berjaya menjual beberapa lukisan batik canting dengan harga RM150,” katanya.
Aktiviti bermula dengan solat Subuh MAMAFIZA mula menyekolahkan anak sulungnya, Muhammad Kirua Hakimy di rumah sejak 2004, malah sejak anaknya itu dalam kandungan sehingga kini. Semasa hamil, siswazah Multimedia Super Corridor (MSC) ini memastikan setiap hari membaca surah Yassin untuk diperdengarkan kepada bayi dalam kandungan dan sentiasa memikirkan perkara positif. Sebaik Kirua dilahirkan, ibu muda itu mula memberikan susu badan sehinggalah anaknya berusia dua setengah tahun.
Amalan membaca surah al-Quran masih diteruskan di samping membaca pelbagai buku dan mendengar alunan muzik seperti Mozart dan sebagainya. “Amalan ini berterusan sehingga anak seterusnya dan keempat yang kini masih berusia sembilan tahun. Sejak mereka bayi, saya terapkan mereka unsur positif melalui pelbagai aktiviti. Saya menyediakan jadual untuk aktiviti seawal jam enam pagi hingga 11 malam. Semua aktiviti mempunyai matlamat walaupun sesetengahnya kelihatan agak remeh. Aktiviti bermula dengan sembahyang Subuh dan membaca al-Quran bersama ibu bapa, sekurang-kurangnya dua muka surat. Selepas bersarapan, mereka mengemas meja dan membantu ibu memasukkan kain baju ke dalam mesin basuh. Kemudian kami bersenam bersama-sama diiringi muzik dan berehat sambil melakukan meditasi atau menari dengan irama Mozart, Beethoven dan sebagainya.
Sebelah petang pula mereka belajar melalui komputer mengenai seni, permainan, matematik, bahasa, sains, teknologi maklumat dan sebagainya,” katanya.
Suaminya, Mohd Azhar Mohd Zahir turut berperanan dengan membawa anak melakukan aktiviti luar rumah seperti ke taman, menari, menonton wayang gambar dan sebagainya.
Pada waktu malam, mereka membaca buku bersama dan setiap anak boleh memilih buku yang mereka suka sehingga tertidur. Sementara anak tidur, Mamafiza akan menulis di blognya, Littlekittle.com/blog dan menyemak kalendar untuk aktiviti keesokan harinya. Pasangan itu memilih untuk memberi peluang kepada anak mengambil peperiksaan SAT ( SAT Reasoning Test) apabila mereka berusia 17 tahun kelak.
INFO: Apa itu sekolah di rumah?
Pembelajaran yang bermula dari rumah di bawah naungan ibu bapa yang menerapkan nilai positif anak sejak usia 0 hari hingga ke akhir hayat (pembelajaran seumur hidup).
Namun, ibu bapa boleh menjalankan sekolah di rumah secara sambilan walaupun anak-anak dihantar ke sekolah kerajaan/swasta. Anak juga boleh mengambil kelas tambahan dan mengikuti peperiksaan awam mahupun peperiksaan antarabangsa di luar. Contohnya: ballet, hiphop, piano, aikido, seni.
Adakah ia salah di sisi undang-undang?
Tidak sama sekali. Menurut Akta “Compulsory Education Act 2002”, secara sah, setiap kanak-kanak bawah 12 tahun mesti menerima pendidikan. Kewajipan ini bermula 2002. Ia bermakna pergi ke sekolah bukan wajib di Malaysia – bermakna sama ada anda bersekolah di rumah atau tidak ke sekolah, tiada undang-undang boleh menghalang.
Bagaimana untuk memulakan sekolah di rumah?
Pertama : Perlu niat. Niat yang baik memberikan yang terbaik untuk anak.
Kedua : Sokongan mental dan fizikal daripada suami penting.
Ketiga : Wasatiah. Sentiasa memilih untuk bersederhana dalam semua perkara dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan membuat penyelidikan, membaca, mencuba menimba ilmu dari buku dan internet. Ibu bapa perlu memperbaiki diri sendiri sebelum mengajar anak.
Keempat : Sediakan ruang belajar. Bina sudut kecil untuk melukis, membaca, membuat eksperimen, senaman.
Kelima : Mempunyai jadual harian. Jadual kebersihan, pemakanan dan aktiviti luar (lawatan ke rumah anak yatim, masjid, taman permainan, kelas tambahan) amat penting kerana akan menyebabkan ibu bapa sentiasa “keep on track”. Anak akan sentiasa berdisiplin dan bersedia serta kemas.

Ibubapa yang pelukan idea, boleh layari laman web kami: LittleKittle.com


——————————————————–

Update: June 3rd, 2009

May you’ve wonderful Wednesday lovable mommies 😉

We received another good news yesterday *Alhamdulillah*

LittleKittle.com, Malaysian Homeschool Family, will be featured in Berita Harian Newspaper (Malaysia’s Largest Malay Newspaper!) regarding to “Homeschool“ .*alhamdulillah*

beritaharianlittlekittlelogo

We’d like to thank Miss Halina Mohd Noor, journalist, from Berita Harian Newspaper for significant invitation  😉

She will to come to our house tomorrow: Thursday (June 4th, 2009) at 2.00 pm for exclusive interview *cheers*.

Finally thank you once again to everyone in any kind of generous support role out there.

——————————————————–

May Allah swt bless your kind heart *hugs*

Gambatte ne, keep on your hard work, homeschooling is ROCK!

p/s: You may read about  our first time in action by clicking here & second times: here. Thank you 😉

About MamaFiza

Born in 1984. Family 1st; living in boulevard of peace, loving my treasured family, fully breastfeeding my precious 4 kids (tandem nursing) *30 months duration for each of 'em*, homeschool advocate, book writer, Work-at-Home-Mom (WAHM), certified Lactation Counselor (LC), official ZIN, yoga + pilates enthusiast, no pacifier & no maid rules! [Praise to God]

12. June 2009 by MamaFiza
Categories: Homeschool Official Event, My Fun Homeschool | Tags: , , , , , , , | 8 comments

Comments (8)

  1. oh dear..you should text me so that i can go and buy the newspaper!!! oh..dah terlepas!!

    patutla semalam asyik dok pandang je akhbar kat kedai tu!!oh..miss it again!!

  2. hoyeahhh…..

    berita harian in my hands…

    very happy family… so much FUN…

    *Bless all peoples around us*

  3. Alhamdulillah..

    Finally I read it tru berita harian online.
    Bring my own laptop and modem to clinic..hehehe
    (online news kena block ok kat spital!!)

  4. again, hats off to you and the whole troop, mamafiza.
    thanks for your passion and dedication in HS.

    subhanallah..speechless!!!
    p/s: the layout was muy bonita!!!!!!!! it matches your concept and theme. salute!

  5. Alhamdulilah, indeed a great achievement for homeschool journey!

    I accidently got a copy. Hubby was reading the news and alerted me, I was so happy to able keep a copy of the news. 😀

    Way to go mamaFiza!

    Oh, and I love the front page, a very beautiful picture of you and your kiddies. 🙂

  6. Pingback: Who Says You Can’t Make Money Blogging? | LittleKittle.com

  7. saya sangat berminat sekali tentang home scooling ini..bisa bantu saya…for my lovely son….

Leave a Reply