Update: LittleKittle’s Police Report

Post by MamaFiza on January 18, 2009 

Update: January 19th, 2009

honordrirfan.png
For more details, click HERE ;)

Gosh! Received mighty support from Dr Irfan Khairi regarding to this issue *alhamdulillah*. It has been our greatest honor to get your support. May God bless your kindness Sir, you’re the best!

 

p/s: thanks a lot to Y-O-U: superb mommies!, MALAYSIA HOMESCHOOL UNITE, MALHEN and HOMEFRONTIER *hugs*

——————————————————–

Oyasumi nasai mommies *hugs* ;)

Firstly, thank you so much for your support till today, only God could reward your kindness.

We deeply appreciate your love.

To Whom It May Concern, these police report are specially for you, just wait for authority and God judgment ;)

Again, DON’T MESS WITH MY FAMILY!

policereport.png

policereport.png
Our police report~

Gazillion thanks to dear King, our lovely kiddies, Sarjan R***** (BSJK) IPD Kajang, DSP V***** S***** from Commercial Crime Division, Bukit Aman, superb team of Malaysian CyberS*******(myCERT) for your kindness help and great efforts to make everything under control *plus YOU too >_< *. Alhamdulillah.

Below are details *in Malay language* as attached in the report:

Assalamualaikum wbt,

Kepada Tuan/Puan yang dihormati,

Moga pihak Tuan di dalam keadaan sihat sejahtera.

Saya ialah Hafiza Abd Rahman, I/C: 84****-1*-5***, homeschooler dan pereka laman web telah menerima email berbentuk jenayah siber.

Buat pengetahuan pihak Tuan, pihak saya telah menerima email ugutan, ancaman, fitnah dan penghinaan serta penggunaan kata-kata kesat yang  melibatkan maruah keluarga saya, suami; Azhar Zahir dan anak-anak kami serta menjatuhkan perniagaan Internet kami. Kami adalah keluarga Homeschooling Malaysia (www.littlekittle.com).

Dengan ini saya sertakan maklumat lengkap tentang penyerang dalam bentuk DVD buat siasatan pihak Tuan.

Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan, juga atas saranan Dr Irfan Khairi: pakar perniagaan Internet dan Jutawan Internet Malaysia di blog beliau agar usahawan Internet bangkit menegakkan kebenaran :-
(http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perniagaan-internet/ik-ambil-tindakan-undang-undang/)

  1. Email sebegini yang memburukkan nama saya dan keluarga telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai aktivis homeschooler, pereka laman web dan ibu kerana melibatkan saya dengan tuduhan dan ugutan sebegitu. Sebagai seorang aktivis homeschooler dan ibu, penghinaan sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya malah membahayakan keselamatan dan keharmonian keluarga saya.
  1. Sebagai seorang aktivis di forum tempatan (Malaysia Homeschool Unite dan SusuIbu.com)  email sebegini juga akan mencemarkan kredibiliti saya sebagai aktivis homeschooler dan penasihat bebas. Memalukan dan menghina saya makan duit haram untuk menanggung keluarga di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang ibu dan motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius lebih-lebih lagi ianya mengancam keselamatan keluarga saya.
  1. Dengan memburukkan nama saya dan perniagaan di rumah saya serta keluarga, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet dan perkhidmatan rekaan laman web untuk menjatuhkan perniagaan saya, ianya adalah satu tipu muslihat untuk merugikan pihak saya sedangkan semua pelanggan kami perlu mematuhi terma dan syarat yang telah dinyatakan di laman web saya sebelum menggunakan perkhidmatan saya (http://littlekittle.com/store/pages/Terms-%26-Conditions.html). Ianya adalah satu ancaman untuk merugikan pihak saya yang saya sama sekali tidak akan terlibat dengan sebarang penipuan perkhidmatan di Internet.
  1. Kehadiran  email dan ugutan sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang telah menggunakan perkhidmatan saya dan bakal menggunakan perkhidmatan saya atau bakal melantik saya  dan keluarga sebagai duta produk pendidikan mereka. Sekali lagi, penghinaan dan ugutan sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang membesarkan perkhidmatan untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  1. Kerana ini merupakan ugutan, ianya dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  1. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet dan homeschooler, dan sering dilihat sebagai “ikon” homeschooler (aktivis sekolah di rumah) dan pereka laman web dan perniagaan Internet Malaysia, sekiranya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat homeschooler dan perniagaan perkhidmatan rekaan laman web di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan kebaikan homeschooling (sekolah dirumah) dan tidak mahu menjalankan perniagaan Internet dirumah. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan homeschooler dan industri ini dalam mencegah dan membenteras ugutan dan fitnah sebegini.
  1. Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, selepas ini, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan menghina, memalukan, mengugut dan menjatuhkan maruah keluarga saya, mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya, keluarga tersayang dan juga rakan-rakan homeschooler, pereka laman web dan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  1. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan ancaman, ugutan dan penghinaan sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan jenayah siber sebegini!

Jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak Tuan, hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Terima kasih.

Saya juga akan memaklumkan hal ini kepada rakan media saya: Puan Ruhil Shafinaz dari Wanita Hari Ini dan TV3 diatas kerjasama yang telah terjalin di segmen WHI: Sekolah di Rumah: Homeschooler, keluarga kami di TV3 pada 4 Julai 2008 (http://littlekittle.com/blog/2008/07/16/behind-the-scenes-littlekittlecom-on-whi-tv3/) setelah membuat laporan polis pada hari ini.

Sekian, harap maklum.

 

 

Yang benar,

Hafiza Abd Rahman
84****-1*-5***
www.littlekittle.com
littlekittlestore@gmail.com
HP: 01*-2** 3***
Alamat: ***, Selangor Darul Ehsan.

——————————————————–

My prayer to all our loyal readers, may God bless your life.

Please do kindly beware of this type threaten and report to police immediately if this ever happen to you.

Much silence and a good disposition, there are no two works better than those ~ Prophet Muhammad

 

Note: Al-Fatehah and prayers to the people of Gaza -_- *tears*

p/s:  I never has anything bad to say about anyone and doesn’t understand why some people are wishing problems on my family, Gosh, what’s Wrong with Happy Kids, anyway?.“

 

Lots of love,
Me!

Comments

  1. rizza says:

    salam mamafiza, semoga perkara tu dpt diselesaikan…

    tabah hadapi dugaan ye…

    take care!!!

  2. lovebaby says:

    ohhh dear
    now..i understand the Email…ok..

  3. neroecha says:

    Siapa ler yang buat keje yang tak berfaedah tu yer?

  4. ummuwafi says:

    salam…

    subhanallah. u’ve done the right thing. last year, my hubby sued an academician who plagiarized some contents oh his masterpiece. at first, we thought of leaving it to God n didn’t want to take any lawful action to him. however, we eventually realized that we are responsible to stop this bad attitude.

    just be strong n all the best! may Allah be with u!

  5. mamadanish says:

    salam mamafiza..
    i tak paham..kenapa jadi mcm ni?
    SApe yang hantar email or apa2…explain sikit if u dunt mind..

  6. anamiraa says:

    semoga selamat semuanya.

    :)

  7. ibu_sufi says:

    Hai mama,

    Saya memahami perasaan mama.
    Semoga tabah dan teruskan perjuangan.

    “Gambatte ne”

  8. yus says:

    Astagfirullah al azim…

    saya terlambat sket..maaf yee mamafiza…

    Sape la yg takde akal dan fikiran ni?? yg tak nenggunakan kurniaan Allah sebaik mungkin…

  9. nelcyndana says:

    mamafiza,

    maaf terlambat mamafiza…. anyhow, be strong. we’re here to support u. we believe in u. keep up the great work.

  10. […] yg berlaku pd dr irfan khairi (jutawan internet), mama fiza (homeschooler), red mummy dan termasukla saya (mummy sara & syasya) yang biasa2 je. So ape […]

  11. missnina says:

    salam to all
    mamafiza n family, be strong
    u have done the right things dengan buat report macam tu.
    stranger or fren, pls note that we are human being, we got feeling

    rgds, nina

  12. nanahana says:

    Insya Allah selamat semuanya! Well Done mama… ;)

Leave a Reply



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin